[untitled.bmp]

Thursday, March 1, 2007

Lagi isu panas dan SENSASI!

Untuk mendapatkan detail mengenai Dr. Azali dan perbuatan tangan-tangannya, anda dikehendaki meng'klik' pada alamat di bawah;

Wednesday, February 21, 2007

Kenyataan Media


7 DALIL MENGAPA DR AZALI TIDAK BOLEH MENYAMBUNG KONTRAK SEBAGAI TNC
(Febuari 20, 2007)


Oleh; Persatuan Mahasiswa Pembangkang
Universiti Putra Malaysia

(PMPUPM)



Setelah hampir beberapa tahun memegang jawatan sebagai TNC, kini mahasiswa bangkit menyatakan apa yang perlu kepada pihak yang ingin mendengar dan mengambil berat keluhan kesal mahasiswa terhadap Dr. Azali (gambar). Manifestasi daripada sejarah tampuk pemerintahannya di UPM, Dr. Azali (DA) telah dikenalpasti mempunyai beberapa dalil yang layak disignifikasikan sebagai GAGAL dan TIDAK MAMPU untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (TNCUPM). 7 petunjuk dan dalil yang dikenalpasti adalah;


Dalil 1; DA tidak dikenali mahasiswa.
Mari kita menganjurkan satu rapat umum mahasiswa dan mengedarkan kertas soalan selidik mengenai tajuk kajian populariti DA. Hasil rambang 80 peratus mahasiswa tidak kenal nama TNC, malah tidak tahu siapa TNC. Ini melambangkan bahawa prestasi kerja pemimpin universiti yang bernama DA ini tidak menyerlah, tidak konsisten, pasif dan sekadar ada nama ‘TNC’ yang mahasiswa tahu, tetapi tidak kenal siapa penjawat jawatan itu. Jika ditanya; ‘apakah sumbangan DA terhadap universiti dan mahasiswa?’. Apakah jawapan anda (jika anda mahasiswa UPM, atau bekas mahasiswa UPM, atau anda bukan mahasiswa UPM tetapi anda kenal DA)?


Dalil 2; DA dibenci mahasiswa.
Oleh kerana tindakannya berat sebelah, DA lebih memihak dan menyokong kumpulan mahasiswa aspirasi. Tindakan ini telah menyebabkan rasa curiga dan prasangka DA terhadap mahasiswa pembangkang sehinggakan DA sanggup berbuat apa sahaja dengan kuasa yang ada. Bilik mahasiswi pemnangkang digeledah tanpa waran. Akibatnya, mahasiswa UPM sendiri dengan tidak ragu-ragu membenci dan memboikot DA. Kes ini tidak kecundang di tangan mahasiswa pembangkang sahaja. Malah para pemimpin mahasiswa yang memegang jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar turut melahirkan rasa kesal dan marah dengan tekanan dan arahan yang dibuat oleh DA. Bisik-bisik, lama-lama menjadi fitnah, fitnah lama-lama menjadi amarah yang sukar dibendung oleh mahasiswa yang pernah mengenali DA.


Dalil 3; DA ‘gayat’ dengan kuasa.
Suka merombak memindahkan kakitangan sesuka hati merupakan kegemaran DA. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa DA pincang dan zalim dalam melaksanakan sesuatu perkara. Bayangkan, banyak kakitangan UPM yang sudah berkhidmat lama dalam satu-satu jawatan, dipindah-pindahkan dari satu jawatan ke satu jawatan yang lain. Inilah hobi DA. Tidak dapat disangkal lagi apabila dengan mudahnya DA mengupah kakitangan kroninya dengan bergaji besar dan berkhidmat sebagai ‘pegawai khas politik’ dibawah jawatannya tetapi bertugas sebagai pegawai universiti. Ini belum lagi dengan pendedahan bahawa DA telah menyedut dana dari setiap kolej di UPM untuk kegunaan gerakan politiknya. Tidak hairanlah mengapa DA berkobar-kobar untuk mengejar pangkat Datuk dari sebuah kerajaan negeri di Malaysia (negeri tersebut dirahsiakan, tetapi boleh dibayangkan bahawa negeri itu terkenal sebagai ****** Darul Datuk). Dengan kuasa yang ada, DA mudah goyah dengan dana yang sepatutnya disalurkan khusus buat kesejahteraan mahasiswa, akan tetapi hampir kesemua dana dilaburkan untuk kepentingan peribadinya. Dilaporkan bahawa, jabatan di bawah kendalian DA telah berhutang hampir 1 juta ringgit dengan kementerian, akibat terlalu banyak projek yang diluluskan oleh DA untuk kroni dan kepentingannya sehingga terlalu boros lalu terpaksa menggunakan dana alternatif kerajaan.


Dalil 4; DA dibenci kakitangan.
Setelah beberapa bulan pangkat DA dinaikkan sebagai TNC, DA telah melantik seorang kakitangan UPM sebagai orang bawahannya (yang berpangkat besar) yang telah ‘berjasa’ dan ‘bertanggungjawab’ menjadikan DA sebagai seorang TNC. Situasi ini tidak sahaja mengundang persoalan di kalangan kakitangan, malah kemarahan dan kekesalan kakitangan, termasuk mahasiswa UPM. Orang bawahan tersebut digelar sebagai katik kerana keadaan fizikalnya yang pendek. Dan banyak lagi kebencian dan kemarahan yang terpendam di hati kakitangan UPM di Bangunan Pentadbiran terhadap DA. Amalan kronisme menjadi topik perbualan hangat ketika awal DA memerintah UPM sebagai TNC. Tetapi baru-baru ini, sejak banyak rombakan demi rombakan yang dilakukan DA dalam tampuk pemerintahannya, banyak muka baru di kalangan kakitangan yang berjawatan besar di UPM, yang mana mereka adalah ‘pak turut’ kepada DA. Pengarah baru Bahagian Kesleamatan contohnya, merupakan salah satu sampel pak turut yang berjaya dimanipulasi oleh DA dalam menentukan halatuju keselamatan di UPM. Fenomena ini terbukti banyak mengundang padah kepada DA kerana ia melahirkan rasa tidakpuashati di kalangan kakitangan yang terjejas dek periuk nasi mereka dimusnahkan oleh DA dan kekesalan mahasiswa dek peraturan demi peraturan baru yang dikuatkuasakan oleh pengarah baru Bahagian Keselamatan yang menurut perintah DA. Inilah hasil kerja tangan DA. Ini baru satu contoh, dan banyak lagi contoh lain yang berjaya dimanipulasi oleh DA.


Dalil 5; DA tidak mahir kendali isu.
Dengan gaya kepimpinan yang kurang menyerlah dan gemar melengahkan penyelesaian, DA dilihat tidak mampu untuk mengendalikan sesuatu isu termasuklah isu yang melibatkan nama baik UPM. Tidak cukup dengan isu kebajikan, isu pergaduhan di Kolej 12 cukup memeranjatkan kerana seharusnya sebagai seorang TNC yang menyelenggara hal ehwal mahasiswa, DA sepatutnya tahu apa yang MESTI dilakukan. Sebaliknya, DA melaksanakan apa yang PERLU dilakukan. Sesuatu yang tidak penting, telah diambil kira (menurut hemat DA) sebagai jalan penyelesaian terbaik, walhal itu adalah kaedah penyelesaian alternatif, dan bukannya kaedah terbaik. Isu AUKU contohnya, adalah suatu isu lapuk dan DA gagal mengekang isu ini apabila diungkit dan ditentang oleh mahasiswa pembangkang. Bagaimana pula dengan isu karakter peribadi DA jika suatu masa nanti dibangkitkan isu; “DA seorang TNC yang kuat merokok”. Mari kita lihat adakah DA mampu mengawal dan mengendalikan isu ini sebaik-baiknya?


Dalil 6; DA dimusuhi banyak pihak.
Sebelum dilantik sebagai TNC lagi, DA sudah punya banyak musuh. Banyak pihak tidak senang dengan kredibiliti dan integriti manusia bernama DA ini. Malah, setelah dilantik sebagai TNC (selepas zaman TNC Al-Hadi), beliau semakin banyak dimusuhi orang. Mahasiswa yang jelas menolak AUKU dan mendesak ia dimansuhkan, terus menerus memusuhi DA dari pelbagai aspek. Lebih malang lagi, setelah berlakunya rombakan Menteri Kabinet, Menteri Pengajian Tinggi yang baru ditukar (selepas zaman Shafie), DA dilihat tidak duduk senang dan panas punggung dengan pihak KPT kerana chemisty history dengan Tok Pa. Persoalannya; mengapa DA dimusuhi banyak pihak? Jawapannya; inilah hasil kerja tangan dan mulut laser DA sepanjang DA memegang tampuk kuasa sebagai TNC.


Dalil 7; DA memperalat dan diperalat.
Memperalat; DA gemar memperalatkan student yang memegang tampuk kuasa kepimpinan mahasiswa. Baik dari pemimpin MPP sehinggalah pemimpin persatuan mahasiswa. Malang sekali apabila desas desus mengatakan bahawa mahasiswa yang pernah diarahkan oleh DA untuk melaksanakan tugas ke’aspirasi’an, kini diibaratkan sebagai habis madu sepah dibuang. Kini apabila tempoh jawatannya sudah hampir ke penamatnya pada April 2007 ini, DA memperalat pemimpin muda yang berkuasa besar dalam UMNO. Dengan mengunakan kabel untuk sambung kontrak sebagai TNC di UPM, DA sekali lagi telah mencatatkan sejarah apabila sanggup menggunakan menantu kepada seorang pemimpin kehormat negara dengan meminta pertolongannya supaya jawatannya sebagai TNC di UPM disambung semula. Jelas menunjukkan bahawa, beliau TERDESAK untuk menyambung jawatan sebagai TNC, dan juga jelas menunjukkan bahawa DA tidak mempunyai pengaruh dan sokongan yang kuat di UPM, malah terpaksa meminta bantuan asing.
Diperalat; DA sukar diperalat oleh bangsa sendiri, tetapi bagi ahli Gerakan Mahasiswa Maju (GMM), mereka lebih menggemari DA berbanding Dato’ Nik Mustapha (Naib Canselor UPM). DA amat mudah diperalat oleh ahli GMM. Bila tiba isu yang diwar-warkan oleh GMM dan konco, DA mudah melenting dan kelemahan ini telah diambil kesempatan oleh ahli GMM untuk menyerang pentadbiran universiti. Apabila kenyataan dan tindakan DA diambil, GMM dengan pantas tidak mensia-siakan peluang akibat kelemahan pentadbiran DA dalam menangani isu.


Penggulungan dalil.
Kesemua 7 dalil ini jelas merangkumi lambang kebencian warga UPM terhadap DA. Sebagai tanda sokongan mahasiswa dan kakitangan UPM, sila sebarkan mesej ini kepada warga umum agar mereka tahu tembelang DA ini dapat disalurkan kepada warga. DA akan terus berkuasa selepas April 2007 ini. Ayuh warga semua, sedarlah segala tindakan jijik dari tangan DA.

Kami mendesak agar jawatan TNC UPM tidak lagi disandang oleh manusia seperti DA.

Biarpun mahasiswa dimomokkan dengan AUKU, kami perlukan seorang pemimpin universiti yang boleh dianggap sebagai ‘bapa’, bukannya ‘penyangak’.

Kami perlukan seorang pemimpin universiti yang boleh dipercayai dan amanah dalam melaksanakan tugas sebagai seorang manusia yang berjawat jawatan TNC UPM.



Telah dibincang dan diulas dengan teliti oleh;
PMPUPM.


HTTP;
www.pmpupm.blogspot.com
www.upmkini.blogspot.com
E-mail; pmpupm@yahoo.com.my